Phoenix - Emc Shaz feat. Fynn Jamal





Emc Shaz feat. Fynn Jamal - Phoenix
beat produced by: DJEY AMEY


lyric by emc shaz/fynn jamal:
ah~ha aku masih lagi bernafas
ah~ha aku masih tak duli kebas
ah~ha lihat aku yang tetap bangun kembali--
kakimu tak cukup buat aku mati

pasti kau hairan bagaimana selepas bertahun
aku tetap teguh, utuh, tak roboh, tekun, pegun
kau cipta aku untuk kau musnah di bila perlu
kau bina aku dengan tipu mimpi bohong palsumu

mungkin kau tak tau sepenuhnya yang aku ini
sebenarnya phoenix yang takkan pernah akan mati
ku sentiasa kembali
walau dibagi api
walau terhancur diri
tetap ku gagah berdiri

kalau kau fikir aku bodoh kerna mencintai
kau lebih bodoh kerana fikir aku akan pergi
lagi kau pedang aku
lagi kau pijak henyak sepak caci maki aku
lagi kebal rusukku

ah~ha aku masih lagi bernafas
ah~ha aku masih tak duli kebas
ah~ha lihat aku yang tetap bangun kembali--
kakimu tak cukup buat aku mati

tak cukup buat aku mati
tak cukup buat aku mati

aku masih bernafas dan aku takkan lemas
dengan cabaran dugaanku hadapi ku takkan tewas
namun aku dibenci,dihina dan dimaki
ku akan gagah berdiri walaupun halangan menanti

ingin ku memberitahu kepada kau yang ku cintai
namun kau tak mengerti apa yang terpendam dalam hati
apa orang berkata akan ku tolak ke tepi
kerna engkau yang ku nanti dan ku terimpi-impi

my heart was hurt deep ya'll can listen to my heartbeat
the wound is getting deeper my blood is getting thicker
but i'm stronger than you, boo, you can't keep me away
my phoenix will be by my side you gotta step aside!

ah~ha aku masih lagi bernafas
ah~ha aku masih tak duli kebas
ah~ha lihat aku yang tetap bangun kembali--
kakimu tak cukup buat aku mati

tak cukup buat aku mati
tak cukup buat aku mati

mungkin sebenarnya
ku mahu percaya
yang mungkin bila kau lihat ini semua akan kau celik mata

mungkin satu masa
setiap setia
dapat memujuk kubu kerasmu untuk dibuka pintunya

everybody cursed me cuz i got no loyalty
it was you all along been cheating on me
you wanna fight fire with fire, come stab me with a knife
if that's what you want it come on give it a try!

you dead wrong if you think my phoenix gonna die
i'm still standing right here waving you good bye
all these years all the pain and the suffer i take
every breath you take you gonna regret when you're dead!!

ah~ha aku masih lagi bernafas
ah~ha aku masih tak duli kebas
ah~ha lihat aku yang tetap bangun kembali--
kakimu tak cukup buat aku mati...



Fynn Jamal

Alhamdulilah - Too phat feat Yassin





Alhamdulilah - Too phat feat Yassin 

Dian Sastro:
Disaat waktu berhenti...kosong
Dimensi membutakan mata,memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
Sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

Yassin:
Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

Malique:
Merenungi luar jendela,mengagumi kebesaran yang Maha Esa
Ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Maukan harta yang mampu beli 1 semesta
Berpesta ke pagi botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
Ingin hidup sempurna aset nilai berjuta,
saling tukar wanita,senyum dan mati tua
Bakat dikurnia jangan disalah guna
Jangan kufur nikmat yang diberi percuma
Guna kelebihan untuk hikmah bersama
Jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yang kurus,ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus
ada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata,boleh hilang dalam sekelip mata
Ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semana kaya atau besar
Tetap Allahuakbar!!!

Joe Flizzow:
Jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah
Entah apabila persimpangan tiba,hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
Harapku tidak terlupa diri bila gembira,dan cuma mula mencari kau disaat hiba
Ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
Tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
Teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
Sentiasa legar diminda,dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
Ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi
Sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati
Mencari keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki,moga tidak terleka dalam perjalanan ini

Ahli Fiqir:
Aku yang memandang di dalam lubuk hati,mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
Aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
Aku hakiki,aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi, pelik dan benar,qada' dan qadar kau berilah ku kekuatan
Agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini,
aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,semoga segala puji tak ku meninggi diri
Moga segala janji dapat juga ku penuhi,moga dapatku hadapi tikaman dari belakang
Lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan dugaan cabaran sepanjang perjalanan
Ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur...

Dian Sastro:
Sujudku pun takkan memuaskan inginku
'tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
Adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
Untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta
Dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
Semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah...


Credited to:

Tanya Sama Itu Hud Hud - M. Nasir



Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan


Pernahdengar tak hadith Rasulullah s.a.w tentang umat Islam yang terpecahkepada 73 golongan, dan daripada kesemua ini hanya satu golongan yangterselamat dari seksaan neraka iaitu golongan (jemaah) yang mengikutisunnah Rasulullah dan sahabatnya.
Ketahuilahbahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecahkepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umatIslam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluhdua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuksyurga, iaitu al-Jamaah.(lihat Sunan Abu Daud no 4429).

Maknanya,yang sampai itu bermaksud yang selamat. Hanya ada satu jalan untukselamat iaitu dengan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat.Agak-agaknya la kan, kita ni mengikut sunnah baginda tak? Hmm...


Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh


Rangkap  ini diekstrak daripada syair Parsi - Musyawarah Burung (Mantiq Al-Tayr)tulisan Farid ud-Din Attar. Dalam syair tersebut, beribu-ribu burungterbang untuk mencari raja mereka, Simurgh. Daripada beribu-ribu burungtadi, hanya tiga puluh yang berjaya. Kejayaan mereka membolehkan merekasampai kepada tahap mengenali sang raja. Bukan mudah untuk sampai ketahap tersebut kerana mereka perlu menghadapi 7 lembah. Sebenarnya,advencer burung-burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebutdalam mencari makna dan hakikat hidup. Untuk maklumat lanjut mengenaiperjalanan tersebut, boleh klik sini.


Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu


Algojoitu adalah orang yang ditugaskan mencabut nyawa. Kalau di penjara,beliau mungkin orang yang memegang butang yang menjadi pemegang lantaidi bawah tali gantung. Tapi hakikat sebenar, yang ditugaskan mengambilnyawa itu adalah malaikat maut. Andainya dia tiba dan mahu menjalankantugas, boleh tak kita nak kata kat dia, "Oohhh nanti dulu!"?


Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih


Dua  rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kitaberfikir antara  melihat dari mata burung, with an open minddan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawahtempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau adacahaya. Kalau tak ada? Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah denganakal dan iman yang dianugerahkan.


Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana  pula kau berdiri
Di sini


Mula-mula saya kurang faham dengan rangkap ini. Tetapi akhirnya menemui satu blog. Penulis blog menyatakan bahawa,
"Singkapkembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah.Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil. Maka dalamkeadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna. Namun dunia kinisudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai.Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yangterlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dankita berada DI SINI!"

Ada betulnya kata beliau. Semasakekalutan jahiliyah, peraturan Islam yang dibawa oleh Rasulullahmengubah keadaan masyarakat. Namun setelah peraturan tersebutdiubah-ubah, ia mengundang kekalutan. Dan di mana kita berada? Di sini,di dunia yang penuh kalut ini.


Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai


Bolehtak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat, barunak merayu, baru nak bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)? Barunak kata, yang kita bersaksi sebenar-benar Tuhan hanyalah Allah. Sempattak?


Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari


Yang ni, kena baca Musyawarah Burung. Boleh baca di sini.Oleh kerana burung hud-hud yang mendakwa bahawa raja si Muraq itu wujuddan menerbangkan kawanan burung ke tempat yang dituju, maka kena tanyapada dia lah tentang semua persoalan yang timbul dalam lirik ini.Musykil lagi? hm..tanya sama itu Hud-hud!


Credited to : bangcak

Kronologi Akhir Zaman & New World Order

Kronologi Akhir Zaman




New World Order


"New World Order". Apakah yang terlintas di fikiran anda apabila melihat dan membaca frasa tersebut? ‘Pemerintahan dunia baru'. Apakah ianya sekadar ‘peralihan kuasa' daripada tampuk pemerintahan lama kepada yang baru?

Dunia Milik Golongan Elit

‘New world order' adalah satu pemerintahan yang diorganisasikan oleh sebuah ‘kuasa' yang besar dan kuat. Pemerintahan ini melibatkan hubungan pertalian kekeluargaan, dimana kebanyakan mereka terdiri daripada orang-orang terkaya di dunia, pemimpin-pemimpin politik, dan tidak terkecuali Black Nobility of Europe. Black Nobility of Europe ini didominasi oleh pemerintahan monarki. Tidak dinafikan jika dilihat kembali, kebanyakan mereka ini terdiri daripada golongan elit. Golongan elit ini juga lebih dikenali sebagai "Illuminati". Apabila disebutkan ‘pertalian kekeluargaan', ini menunjukkan bahawa golongan ini telah lama wujud, iaitu sejak zaman nenek moyang kita dahulu lagi. Jadi, ini bermakna ‘new world order' ini bukanlah sesuatu yang baru, tetapi satu misi yang sudah lama di jalankan, dan ianya berlarutan sehingga kini. Ianya hanya akan ‘tamat', apabila agenda mereka tercapai.

The Jason Society, Iluminati & Nuklear

Objektif golongan ini adalah untuk menguasai setiap orang yang berada di atas muka bumi ini secara menyeluruh (total). Mereka juga bermatlamat untuk mengurangkan populasi pendudukan manusia di bumi supaya setiap pergerakan dan perlakuan seseorang individu itu mudah untuk dikawal. Pada tahun 1957, satu symposium telah diadakan dalam usaha mereka membincangkan perkara-perkara yang perlu dilakukan supaya objektif dan matlamat mereka ini dapat membuahkan hasil. Melalui symposium ini, satu kumpulan intelektual telah dibentuk, yang bertujuan untuk menganalisa perbincangan yang telah dibuat. Kumpulan ini dikenali sebagai The JASON Society, dimana pada dasarnya kumpulan ini terdiri daripada kelompok rahsia Illuminati ini. Daripada 3 usul yang dibangkitkan, 2 daripadanya telah diterima. Satu lagi usul tidak diterima kerana ianya melibatkan penggunaan senjata nuklear.

Maka, apa yang dapat disimpulkan? Jika golongan ini adalah golongan yang mahu membawa perubahan yang positif kepada masyarakat dunia, kenapa perlunya ada penggunaan senjata nuklear? Kenapa perlunya mengurangkan populasi dunia semata-mata untuk mengawal seorang individu? Kita perlu juga mengetahui, bahawa matlamat mereka untuk mengawal pergerakan individu tidak mustahil, dengan izin Allah SWT dan penggunaan satelit.

Satelit komunikasi adalah proses dimana isyarat radio dipindahkan kepada satelit yang berada di luar bumi. Kemudian, isyarat tersebut akan di hantar ke stesen yang berada di atas muka bumi, ataupun ke satelit yang lain untuk pemindahan isyarat yang seterusnya. Komunikasi ini tidak melibatkan wayar, menara mahupun alatan yang lain, kerana yang perlu adalah alat untuk menghantar (transmitter) dan menerima (receiver).

Bandar Bawah Tanah dan Star Wars

Sekarang beralih pula kepada 2 usul lain yang telah diluluskan oleh The JASON Society. Berpegangkan kepada matlamat mereka untuk menguasai masyarakat dunia, usul mereka yang lain ialah membina satu rangkaian bandar bawah tanah yang besar. Bandar ini berfungsi sebagai perlindungan kepada golongan elit Illuminati, ahli politik dan tentera yang terpilih. Menurut sumber, sehingga bulan Mei 2001, terdapat 133 buah bandar bawah tanah yang sudah di bina Utara Amerika.

Tahukah anda mengapa mereka memilih untuk mendiami bahagian bawah tanah? Hal ini adalah untuk memastikan keselamatan diri mereka, tatkala mereka berusaha untuk ‘mengurangkan' populasi dunia, dengan cara menyebarkan sebanyak mungkin penyakit dan wabak kepada manusia. Wabak-wabak ini di kenali sebagai ‘penyakit biokejuruteraan' (bioengineered diseases) yang akan di bawa oleh ‘bioengineered pathogens'. Apakah maksudnya? Maksudnya, penyakit-penyakit ini memang telah dicipta dan direka pathogen. (Pathogen ialah organisma mikrokospik yang boleh menyebabkan penyakit. ‘Mikrokospik' membawa maksud sangat kecil, yang hanya boleh dilihat melalui mikroskop.)

Terdapat juga sebahagian pathogen yang memang dikhususkan untuk menghapuskan beberapa etnik yang wujud di muka bumi ini. Antara etnik sasaran mereka ialah orang kulit gelap (blacks), Hispanics (mereka yang berbangsa Spain atau negara yang menjadikan Spanish sebagai bahasa perantara), orang kulit gelap Africa (black Africans), penduduk asal Amerika (native Americans) dan golongan homoseksual.

Usul mereka yang lain ialah operasi ini perlu dilaksanakan di Bulan dan planet yang terdekat dengan bumi, iaitu Marikh. Hal ini mempunyai tujuan yang sama, iaitu apabila mereka berusaha untuk mengurangkan pendudukan penduduk di Bumi, mereka akan mendapatkan perlindungan di dua tempat tersebut. Terasa seperti cerita sains fiksyen pula, kan? Adakah anda rasa cerita-cerita sains fiksyen seperti Star Wars dan lain-lain disajikan secara sahaja kepada anda? Kita mungkin merasa ianya tidak logik, kerana kita kurang membuat kajian seperti apa yang mereka sudah lakukan. Kita menerima cerita-cerita tersebut sebagai sebuah khayalan dan imaginasi serta hiburan. Sedarkah kita bahawa sebenarnya dalam usaha mereka menyajikan kita dengan kisah-kisah sains fiksyen ini, mereka juga berusaha untuk menjadikan imaginasi mereka ini sebagai satu kenyataan. Hal ini memang tidak mustahil apabila kita melihat kemajuan teknologi mereka yang lebih kehadapan.

Iluminati, Pemujaan Syaitan & Zaman Mesir Purba

Kini beralih pula kepada "Illuminati". Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan illuminati? Berdasarkan rujukan Compact Oxford Dictionary & Thesaurus Second Edition, ‘illuminate' membawa makna menerangi sesuatu[10], manakala ‘illumination' bermaksud cahaya[11]. Maka, apa kesimpulan yang boleh anda buat daripada maksud-maksud perkataan yang telah diberikan? Sebelum kita meloncat kepada satu kesimpulan yang jitu, adalah baiknya jika kita melihat maksud yang tersirat kepada setiap patah perkataan yang telah diberikan.

Illuminati ini merujuk kepada sebuah organisasi yang pernah wujud di sekitar tahun 1776, dan mereka juga sebenarnya ialah secret society (pertubuhan rahsia). Secret society ini mempunyai satu upacara rahsia dalam kalangan ahlinya. Upacara ini termasuklah daripada upacara yang biasa, kepada upacara mistik. Ketahui juga bahawa upacara ini sering melibatkan pemujaan syaitan ataupun lebih dikenali sebagai ‘luciferian belief'. Illuminati yang wujud pada masa kini ialah organisasi yang berselindung di sebalik sesebuah pentadbiran, dan dalam masa yang sama cuba mengawal pentadbiran tersebut demi merealisasikan ‘pemerintahan dunia baru' mereka.Pemujaan seperti ini sering kita dengar, bukan? Seringkali terjadi pada zaman Mesir Purba, dimana kebanyakkan masyarakat tidak menyembah Tuhan. Mereka percaya kepada kuasa-kuasa sihir (magic) dan pemujaan supaya mereka dapat menguasai sesebuah kerajaan.

(Sumber : Tak Bernama)

Kajian Hadis Rasullulah Tentang Kiamat Bahagian 6

Persoalan 6: Bilakah Dajjal muncul?

Dajjal dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah saw, dan hadis memberitahu Dajjal hidup selama 40 hari:

Tanya kami; “Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?”, jawab Rasullullah: “Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”. Tanya kami; “Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”, jawab Rasullullah; “Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. (HR Muslim)
Kesimpulan hadis ialah Dajjal hidup dalam 4 dimensi, iaitu:

1 hari = Setahun

1 hari = Sebulan

1 hari = Seminggu

37 hari = Seperti hari kita




Rujukan buku Jerusalem in the Quran menyatakan pembahagian tempoh seperti di bawah:

1 hari = Setahun = British = Pound

1 hari = Sebulan = Amerika Syarikat = Dollar

1 hari = Seminggu = Israel = Electronic Money (Chemtrail?)

37 hari = Zaman seperti hari kita, iaitu zaman kemunculan Dajjal dan memerintah dunia secara nyata.

Israel akan menguasai dunia dan menggunakan Electronic atau Chip Money. Sistem yang sama diimplementasikan di Malaysia melalui cip yang diletakkan pada kad pengenalan.


Sea of Galilea

Setelah Israel menguasai dunia, Dajjal akan muncul menguasai dunia apabila Sea of Galilea menjadi kering, iaitu lebih kurang 20-40 tahun akan datang dan akibat kegunaan penduduk, perindustrian, projek menghijaukan padang pasir dsbnya.

Ini peringkat akhir Gog & Magog World Order dan mengikut hadis yang menyatakan

“…Kemudian datang pula segolongan yang lain (dari kalangan mereka) lalu mereka berkata : “Dulunya terdapat air di sini”…” (HR Muslim). 

Ianya turut dijelaskan melalui hadis mengisahkan Tamim Ad-Dari bertemu Dajjal dan bertanyakan mengenai air ‘Sea of Galilea’ (HR Muslim) (Sesiapa yang percaya Ya’juj & Ma’juj belum keluar maka apakah penjelasan mereka jika air Sea of Galilea telah kering sebelum Ya’juj & Ma’juj belum keluar?).

Sepanjang tempoh sebelum ketibaan Dajjal, Peperangan Dunia III dan kekejaman berleluasa serta berlarutan lebih kurang 19 tahun sehingga ketibaan Imam Mahdi dan Nabi Isa. Penyakit menjadi-jadi (Bio-war dan Sistem) dengan penciptaan bakteria makmal seperti AIDS, selesema burung dan babi, serta radiasi peperangan nuklear. Immunisasi badan manusia turut menjadi rosak dan tidak mampu menahan serangan kerana bertahun mengambil antibiotik, vaksin, makanan berkimia, air berklorin dan sebagainyanya.
Oleh sebab itu,ini lah masa yang tepat untuk kita bertaubat


Huh? What does it mean to maintain 'humanity' under 500 million?

Akhirnya Ya’juj & Ma’juj dan golongannya mati kerana badan tiada immunisasi menahan serangan atau kesan daripada radioaktif peperangan nuklear, iaitu mati semudah serangan “…ulat-ulat menyerang batang leher Ya’juj wa Ma’juj itu,mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa…”.

Setelah itu Islam menguasai pemerintahan dunia berserta kemewahannya, mungkin kerana dunia menjadi kosong akibat ramai yang telah mati.



Rujukan lain yang agak menarik menyatakan kemunculan Dajjal pada tahun 2033. Ini kerana Rasulullah saw menyatakan kehidupan Dajjal semasa 3 peringkat pertama tidak seperti hari-hari kita, dan meminta menghitung harinya.

Apakah maksud ini? Maksudnya kita perlu membuat kiraan matematik dan menghitung untuk mendapatkan tarikh kemunculan Dajjal. Oleh itu persoalannya ialah apakah jumlah hari selain hari kita? Jawapannya terkandung dalam surah al-Hajj:47

“…Dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung...”; al-Hajj:47

Kini kita menemukan fakta 1 hari bersamaan 1,000 tahun, dan fakta lain ialah terdapat 12 bulan atau 52 minggu di dalam setahun. Selainnya tahun dikira mestilah mengikut tahun Hijrah dan bukan tahun Gregorian. Hanya Allah berkuasa menentukan kiraan masa dan bilangan tahun.

“…Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa…”; al-Yunus:5
Oleh itu kehidupan Dajjal semasa berada di dimensi lain adalah mengikut tempoh di bawah:

1 hari = Setahun = 1,000 tahun

1 hari = Sebulan = 1,000 tahun/12 (bulan) = 83 tahun

1 hari = Seminggu = 1,000 tahun/52 (minggu) = 19 tahun

Dari kiraan kita mendapati kehidupan Dajjal selama 1,000 tahun pada peringkat atau dimensi pertama, 83 tahun pada dimensi kedua, dan 19 tahun pada dimensi ketiga. Teori kiraan mengikut tahun Hijrah menyatakan Ya’juj & Ma’juj memecah tembok pada tahun 353 Hijrah (965 AD) (Khazar mula aktif berdagang pada 850 AD). Oleh itu:

353 Hijrah + 1,000 tahun = 1353 Hijrah (1935 AD)

= Zaman Dajjal menguasai Europe & kejatuhan British

1353 Hijrah + 83 tahun = 1436 Hijrah (2014 AD)

= Zaman Dajjal menguasai Amerika dan peralihan kepada Israel (bermulanya Perang Dunia III)

1436 Hijrah + 19 tahun = 1455 Hijrah (2033 AD)

= Zaman Dajjal menguasai Israel dan penderitaan Perang Dunia III yang berpanjangan

= Kemunculan Imam Mahdi & Nabi Isa

Walaubagaimanapun kesemua kiraan tarikh sekadar teori dengan kebenaran tarikh sebenar yang belum terbukti. Kebenaran yang telah terbukti ialah tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj terbuka dan mereka meluru turun dari kuasa pemerintahan (al-Anbiyaa’:95-96). Bukti jelas yang lainnya ialah tuhan yang mereka sembah adalah Lucifer (Iblis). Kebenaran lain yang terbukti ialah tembok tidak berupaya ditebuk dan dinyatakan ayat 97 surah al-Kahfi telah ditebuk dan berlubang semenjak zaman kehidupan Rasulullah saw.

Kebenaran terbukti ialah Ya’juj & Ma’juj telah dilepaskan dan menguasai setiap pelusuk pemerintahan dunia, dan disokong oleh kuasa dari gologanYa’juj & Ma’juj (Children of Gog & Magog). Kebenaran terbukti ialah mereka telah hampir menawan seluruh bumi Palestine dan Sea of Galilea telah menjadi semakin kering. Oleh itu sama-samalah nantikan kedatangan janji Allah swt.

Maksudnya: “…Katakanlah (wahai Muhammad); “Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu”. Dan sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka: “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya; maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.

Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): “Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan, nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya; tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: `Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia.

(Lalu dikatakan kepada mereka: “Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi; dan rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan“.

Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami HANYALAH orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka SEGERA merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur…”; al-Quran: as-Sajdah:11-15

Kajian Hadis Rasullulah Tentang Kiamat Bahagian 5

Persoalan 5: Siapakah “golongan” Ya’juj & Ma’juj?
An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World: Chapter 7

http://img110.imageshack.us/img110/88/spielberg9ig.jpg
Steven Spielberg (Salah Seorang Yahudi Khazar)

Kita mengenali Yahudi Khazar sebagai bangsa Ya’juj & Ma’juj. Persoalannya hadis menyatakan bilangan mereka 999 daripada setiap 1,000 orang, dan mereka ini pula adalah manusia. Oleh itu siapakah manusia yang bermaksud 999 setiap 1,000 manusia? Siapakah Ya’juj & Ma’juj yang tidak terhitung banyaknya? Dalam erti kata lainnya, siapakah “manusia tidak terhitung”?

Jawapannya semua manusia yang termasuk golongan mereka. “Golongan” Ya’juj & Ma’juj ialah manusia seperti saya, keluarga saya, anda dan keluarga anda, pemimpin dan ulama yang anda sanjung dan semua manusia di dunia, iaitu mereka yang melaksanakan sistem diperkenalkan mereka ke dalam sistem di dalam negara kita. Siapakah lagi yang selama ini melakukan kerosakan jika bukan manusia yang mengamalkan sistem mereka?



Oleh itu 99.9% manusia adalah tergolong sebagai “golongan Ya’juj & Ma’juj” (Children of Gog & Magog) kerana melaksanakan sistem mereka. Akibat daripada ini lahirlah Ya’juj & Ma’juj berbangsa barat, melayu, india, cina dan semua bangsa yang melaksanakan sistem Ya’juj & Ma’juj. Dakwaan ini dijelaskan melalui surah al-Maa’idah:51:
“…Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu…”; al-Maa’idah:51

Keterangan merujuk hari ini. Ini kerana Yahudi dan Kristian tidak menjadi teman rapat pada zaman dahulu. Sebab utama ialah Kristian mendakwa Yahudi bertanggung-jawab membunuh Jesus, iaitu tuhan mereka. Namun itu pada hari ini dan semenjak Peperangan Waterloo (1815) di antara England dan France, mereka bekerjasama.

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2008/06/18/article-1027589-03D849400000044D-282_468x286.jpg

Ya’juj & Ma’juj telah terlepas daripada sekatan kemanusiaan dan bekerjasama dengan Kristian bagi membentuk pelbagai sistem untuk menguasai dunia. Mereka membentuk “Gog & Magog World Order”.

Oleh itu apakah maksud “adalah dari golongan mereka” apabila hidup di zaman “Gog & Magog World Order” dan mereka bekerjasama menguasai dunia? Pertamanya hanya terdapat dua golongan utama, iaitu golongan orang Islam atau golongan Ya’juj & Ma’juj. Keduanya ia bermaksud sesiapa yang mengambil dan melaksanakan sistem mereka akan terkeluar dari golongan orang Islam dan menjadi golongan Ya’juj & Ma’juj. Allah akan membiarkan manusia mati sebagai golongan Ya’juj & Ma’juj kerana menyokong perlaksanakan sistem dan cara kehidupan mereka. Maksud selainnya ialah kita menerima nasib sama seperti mereka, iaitu kekal di neraka selamanya.

Selainnya ada yang berkata ini tidak mungkin kerana banyak yang bersyahadah dan melakukan solat, berpuasa, zakat dan menunaikan haji. Perlu diingatkan kembali keterangan al-Maaidah:51 menyatakan“Wahai orang-orang yang beriman!”, iaitu bermaksud mereka ini bukan sekadar Islam dan melakukan Rukun Islam, tetapi mereka malahan memenuhi semua rukun menjadi orang beriman. Mereka adalah orang beriman yang bergetar hati apabila sekadar hanya mendengar nama Allah swt.

Maka orang beriman yang melaksanakan sistem mereka akan menerima nasib yang sama. Berdasarkan alasan ini maka hadis yang menyatakan Ya’juj & Ma’juj tidak terhitung dan 999 setiap 1,000 orang menjadi benar dan munasabah (samada kiraan berdasarkan “seorang dari sahabat” dan 999 dari kita? atau kiraan mengikut nisbah penduduk setiap zaman? Wallahualam).

http://islamhariini.files.wordpress.com/2009/01/uang-kertas_riba.jpg

Fakta ini malahan disokong fakta riba wang kertas dan transaksi melibatkan bank. Ini kerana surah al-Baqarah menyatakan pengistiharan peperangan oleh Allah swt dan Rasulullah saw ke atas orang yang mengambil riba, membayar riba, penulis riba dan saksi kepada perjanjian riba.

“..Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya PEPERANGAN dari Allah dan RasulNya…”; al-Baqarah:279

“..Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka KEKAL di dalamnya…”;al-Baqarah:275




99.9% akan ke neraka kerana riba wang kertas

Bagaimana seseorang tidak malu mengaku beriman apabila statusnya sedang berperang menentang Allah swt dan Rasulullah saw? Ini satu pengakuan tidak munasabah dan iman sangkaan semata-mata (prasan). Maka melalui surah ini 99.9% bangsa dan golongan Ya’juj & Ma’juj dimasukkan ke neraka serta kekal di dalamnya.

Keterangan Surah Al-Baqarah sepatutnya membuatkan hatinya seakan-akan tercabut kerana kedasyatannya. Namun itu bagi golongan Ya’juj & Ma’juj, kesemua ini tidak mendatangkan ketakutan dan menjadi hiburan menghalalkan yang haram. Mereka sentiasa sahaja mempunyai alasan untuk menyelisihinya.

Kepada yang beriman, fakta dan Gog & Magog World Order adalah ujian tersangat sukar. Sudah tentu dan siapakah tidak berakal menyangka Allah swt memberikan ujian mudah ke syurga? Soalan di sini sahaja telah pun membingungkan manusia menjawabnya, maka tidak dapat dibayangkan pula apabila Allah swt pula menyoal di akhirat.

Dengan ujian kehidupan yang berat maka Rasulullah saw menyatakan akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api. Rasulullah saw dengan itu memberi “perintah yang sangat tegas” untuk meninggalkan semua puak walau terpaksa berpaut kepada akar pokok hingga mati, bemaksud pilihan mati bagi memelihara keimanan jauh lebih baik daripada menjadi golongan Ya’juj & Ma’juj.

Ianya juga perjuangan yang selari dengan cerita Ashaab’ul-Kahfi dan Ar-Raqiim di dalam Surah Al-Kahfi, iaitu pilihan antara “keimanan” atau “kehidupan dunia tanpa iman”. Dalam hadis lain pula Rasulullah saw memberikan gambaran kehidupan orang beriman:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda,
“…Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah swt…”. (HR Baihaqi)

Keterangan lain yang menyokong seperti yang terkandung di dalam Surah An-Nisaa:97

Maksudnya:
“..Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: “Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?” Mereka menjawab: Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali..”; al-Quran: An-Nisaa:97

Berdasarkan di atas maka orang beriman tiada sebarang alasan yang sah pada hari akhirat. Rasulullah saw juga telah memberikan perintah khusus dan mengingatkan mereka, maka itu tidak haruslah orang beriman mempunyai ketetapan lain:

“…dan tidak harus bagi orang beriman, lelaki dan perempuan — apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara — mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata…”; al-Ahzaab:36