Hayati la lirik lagi ni, selami lah mesej ketuhanan yg ingin disampaikan....^^
Kau masih menduga sehingga kini
Andai ku bersenda dengan teka teki
Seribu bayangan aku gambarkan
Masih lagi kau tak mengerti
Sedalamnya lautan tingginya bulan
Bisa disentuh dengan pengetahuan
Sepahitnya henpedu bisa ditelan
Jika itulah penawarnya
Inikan pula perasaan
Yang lahir dari jiwa
Dan kita sama sama merasa
Denyut kasihnya
Bukan sengaja aku merahsiakan cinta
Tapi curiga kau kan tersalah sangka
Kerana kita rasa bangga bila dipuja
Dan rasa keji bila dihina
Kerna kita menolak segala bencana
Dan asyik bergembira dengan nikmatnya
Sedangkan semua ini adalah takdirNya
Dan kita harus bersyukur sentiasa
Bukannya teka teki gurauan hati
Sekadar melindung kasih yang tersembunyi
Bukan mudah mencari kasih abadi
Dalam terang ia sembunyi
Rangkap 1:
Rangkap ini bermaksud, penyanyi akan memperdengarkan nyanyian yang membawa mesej ketuhanan secara tersirat, namun pendengar biasanya akan tersalah tafsir dgn maksud nyanyiannya kerana muda-mudi zaman sekarang tidak berminat untuk berfikir hal ketuhanan, apa yang hanya bermain di dalam jiwa mereka hanyalah untuk bersenang-senang dan berseronok semata-mata.
Rangkap 2:
Rangkap ini bermaksud, penyanyi ingin menerangkan, bertapa besarnya nikmat yang tuhan kurniakan untuk manusia dengan penciptaan alam oleh Allah daripada sedalam lautan di bumi dan setinggi bintang di langit sehinggakan nikmat akal kepada manusia, supaya manusia berfikir tentang kebesaran Allah yang maha pencipta dgn menggunakan akal anugerah-NYA. Dia juga menceritakan, selain nikmat, tuhan juga menguji manusia dgn ujian sepahit hempedu, namun ujian-ujian ini sebenarnya adalah penawar bagi orang-orang yang sabar.
Rangkap 3:
Rangkap ini bermaksud, Allah juga menganugerahkan nikmat Iman kepada umat Islam iman yang lahir dari jiwa, iaitu sebesar-besar nikmat selain nikmat keindahan dan kesenangan di dunia. Semua muslim yang diberi nikmat iman akan merasai bertapa Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang.
Rangkap 4:
Rangkap ini bermaksud, penyanyi bukan sengaja mahu merahsiakan mesej puji-pujian kepada tuhan dalam nyanyiannya, tapi tidak mahu pendengar dan peminat menuduhnya hanya berpura-pura dalam perjuangan.
Rangkap 5:
Rangkap ini bermaksud, kerana muda-mudi zaman sekarang hanya suka berhibur dan hidup dalam keseronokan semata-mata, tetapi apabila ditimpakan sesuatu bala dan ujian, mereka mengeluh. Hal ini berlaku kerana kurangnya mereka mengingati Tuhan dan akan menolak apa sahaja yang membimbing mereka kepada agama. namun ujian-ujian yang diturunkan Allah adalah suratan takdir dan apa yang kita perlu lakukan adalah bersyukur dgn segala pemberiannya baik kesenangan mahupun kesusahan.
Rangkap 6:
Rangkap ini bermaksud, penyanyi sekali lagi memberitahu dia bukan sengaja untuk merahsiakan lirik lagu ini, tapi dia masih dalam perjalanan untuk mencari jalan yang lurus, dan dia sedang berusaha untuk mencapainya tanpa berterus terang perkara yang masih kelam. Katanya lagi, perjalanan yang di tempuhi juga sukar, walaupun ianya agak mudah kelihatan, namun untuk mencapai tahap sepenuhnya pengabdian kepada Allah. Sesungguhnya kekuatan iman yang kuat amat perlu untuk melawan ujian dari segi godaan syaitan dan nafsu yang sangat halus.
Credited to : PATHtoVICTORY - Youtube
5 comments:
alhamdulillah dapat sebagai rujukan, terima kasih.
abushafiq.blogspot.com
Tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan engkau
دبري نعمة سوروه كيت برشكور
دبري بالا سوروه كيت برصبر
دبري معصية سوروه كيت برتوبة
دبري طاعة احسن توهن سمات ٢
Alhamdulillah. Seharian terngiang2 lagu ni dlm fikiran tp taktau band dan lagu apa. Setelah cari dan jumpa terus dengar tanpa henti hayati lirik. Alhamdulillah bila rujuk disini mmg tidak salah apa yg sy sedikit dpt hayati bila mendalami. Alhamdulillah. Sebak hati ini Ya Allah
Post a Comment